Saturday, 7 June 2008

Al-Kahfi and its teachings

Kelebihan Membaca Suratul Kahfi di Hari Jumaat

Sunat membaca Surah Al-kahfi di hari Jumaat, iaitu daripada masuk waktu Mahgrib hari Khamis sehingga lah Maghrib hari Jumaat. Lebih awal di baca lebih afdal, seperti ibadat2 lain juga yang mana digalakkan diamalkan seawal yang mungkin. Surah ini jika dibaca, ia dapat mengelakkan kita daripada EMPAT FITNAH di dunia. Fitnah dalam bahasa Arab ditakrifkan sebagai sesuatu yang membahayakan diri, keluarga, agama, hartabenda dsb. Fitnah2 yang dimaksudkan adalah fitnah agama, fitnah ilmu, fitnah kuasa, dan fitnah

Jika diperhatikan surah ini mengandungi beberapa kisah di zaman silam yang dapat dikaitkan dengan fitnah-. Antara kisah2 tersebut ialah:

1) Kisah Ashabul Kahfi dimana kisah beberapa pemuda melarikan diri ke dalam gua setelah da'wah mereka tidak diterima oleh pemerintah. Mereka melarikan diri untuk menyelamatkan ugama mereka (berkait dengan Fitnah Ugama (fitnatuddin).

2) Kisah Nabi Musa mengikuti seorang alim (dikatakan sebagai Nabi Khaidir). Dalam kisah ini, Nabi Musa dengan rendah diri, walaupun sebagai seorang Rasul sanggup belajar dengan seorang lain yang dianggapnya lebih berilmu daripadanya. Kita juga disarankan agar tidak sombong dengan ilmu yang kita ada dan senantiasa dalam keadaan ingin belajar. (berkait dengan Fitnah Ilmu, fitnatul 'ilm)

3) Kisah Dzulkarnain yang menjadi Sultan diempayar nya. Apabila diminta oleh penduduk untuk menyelamatkan mereka daripada serangan musuh, Dzulkarnain sanggup membantu mereka dengan membina tembok daripada besi waja. Kisah ini memberi teladan kepada kita tentang cara mempraktikkan kuasa yang kita ada pada jalan yang baik. Sebagai manusia kita mungkin terjerumus dalam menyalahgunakan kuasa yang ada pada kita dalam situasi hidup kita masing-masing. Kisah ini berkait dengan Fitnah Kuasa (fitnatul ?? , apa dalam bahasa arab ye, tak sempat tangkap)

4) Kisah ke 4? Terlupa


Wallahu alam

No comments: